Khasiat Madu Lebah Asli

Posted by in Update on Nov 3, 2011

Khasiat Madu Lebah Asli

Khasiat madu lebah asli memang diketahui banyak manfaatnya. Apabila seseorang sakit, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan ubat walaupun dengan harga yang sangat tinggi. Kadang-kadang sesetengah ubat yang diambil mencecah nilai ribuan Ringgit Malaysia. Jika sekiranya duit ribuan ringgit itu digunakan untuk membeli madu lebah asli, ianya boleh menampung rawatan untuk tempoh beberapa tahun.

Namun tidak ramai dikalangan masyarakat kita yang menjadikan khasiat madu lebah asli ini sebagai ubat utama dalam merawati penyakitnya walaupun khasiat madu lebah asli ini telah terbukti mengandungi nilai perubatan yang tinggi oleh pelbagai institusi. Di Malaysia, banyak institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, UPM, UKM dan tak ketinggalan juga Jabatan Pertanian telah membuat pelbagai kajian tentang khasiat madu lebah asli ini.

Khasiat Madu Lebah Asli – Mengawal Radikal Bebas

Pakar ilmu entomologi, Dr. Berenbaum dan kumpulannya dari Universiti Illinois, mengkaji 19 jenis madu lebah dari kawasan-kawasan yang berlainan di amerika. Beliau melaporkan di dalma majalah Journal of Apicultural Reserch, kesemua madu lebah mempunyai antioxidant!

Namun secara amnya madu lebah asli yang lebih pekat warnanya atau nama lainnya dark-coloured honey mempunyai kadar antioxidant yang lebih tinggi walaupun terdapat beberapa pengecualian tertentu.

Antioxidant dalam menghuraikan khasiat madu lebah asli ini berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ganas keatas sel-sel badan. Jika radikal bebas itu dibiarkan bertindak keatas sel-sel sehingga akhirnya badan kita akan  menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel itu akan bertukar menjadi sel-sel kanser!

Antioxidant juga berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak. Antara jenis antioxidant yang terdapat dalam madu lebah asli ialah flavonoid. mengikut satu lagi kajian yang dilakukan di Universiti Clemson, apabila madu lebah asli dimasak, ia didapati mengeluarkan antioxidant tambahan yang memantapkan lagi sistem badan.

Selain dari pada itu, Khasiat madu lebah asli juga berfungsi mencegah proses basi dan pengeluaran bau busuk pada makanan. Penemuan ini dibentangkan dalam salah satu perjumpaan di Intsitut Teknologi makanan di Atlanta.

khasiat madu lebah asli

Para ahli sains juga mendapati madu lebah dapat menghalang proses perubahan warna yang sering berlaku ke atas makanan, kesan daripada pengoksidaan atau oxidantion yang dikenali sebagai maillard reaction. Kajian yang dilakukan di Universiti Clemson yang dipengerusi oleh Paul Dawson mendapati proses perubahan ini dapa dihalang oleh khasiat madu lebah asli apabila sesuatu makanan itu dicampur dengannya.

Kajian ini membuktikan juga khasiat madu lebah asli mempunyai bahan yang mampu mengawal pembiakan bakteria dalam makanan.

Khasiat Madu Lebah Asli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>